Showing posts with label aGAMa iSLam.... Show all posts
Showing posts with label aGAMa iSLam.... Show all posts

Thursday, December 3, 2009

penGorbanaN suCi

Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tanamannya. Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran. Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh.

Peristiwa itu diketahui orangramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5.00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.

Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti dibereskan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.

Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri.

Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai. Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu
dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara.

Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang
mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.

Di saat terakhir, orangramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orang ramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas
turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta
anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya.

Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah.

MORAL & IKTIBAR


Peristiwa sebenar ini menggambarkan betapa luhurnya peribadi individu apabila Islam telah menyelinap di sanubari mereka.
Seseorang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya demi menjaga maruah Islam untuk menghulurkan pertolongan kepada orang yang di dalam kesusahan. Agama Islam jika diamal dan dihayati sepenuh jiwa dan raga mampu menjadikan seseorang berakhlak mulia dan
sanggup mati kerana menunaikan janji yang telah dibuat.

Orang Islam semuanya bersaudara. Sebagai saudara, kita hendaklah saling bantu-membantu dan sanggup menghulurkan pertolongan sekiranya saudara kita berada di dalam kesusahan.

Sebaik-baik mahkamah adalah mahkamah syariat yang 100% berlandaskan syariat Islam. Hukuman yang dijatuhkan adalah yang paling adil. Ini adalah kerana hukuman yang dikenakan adalah setimpal dengan kesalahan dan selari dengan perintah Allah. Dia menjadikan segala sesuatu di dunia ini dan Dialah juga yang maha mengetahui ubat atau penyembuh segala penyakit sosial.

Dalam Islam, bunuh dibalas dengan bunuh. Inilah keadilah Allah. Manusia yang tidak mengiktiraf hukuman Allah dan redza dengan keputusan mahkamah yang sekular jelas membelakang dan mempersendakan Allah. Hukuman cara sekular tidak menyelesaikan masalah sosial malahan menambahkan gejala yang lebih teruk. Banyak kes berlaku di mana orang tidak bersalah dihukum dengan amat berat manakala orang yang benar-benar bersalah bebas sebebas-bebasnya seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. Jika hukuman tidak muktamad di dunia (tidak ikut hukum qisas/hudud) , mereka akan diseret ke mahkamah Allah di akhirat di mana mereka akan dihukum seadil-adilnya. Sebaliknya mereka yang telah dihukum di dunia berlandaskan syariat Islam, dia tidak akan dihakimkan sekali lagi di akhirat.

Masyarakat dahulu kukuh memegang nilai-nilai keIslaman tanpa memgutamakan kepentingan peribadi, keluarga, kroni dan sebagainya. Allah dan Rasul dijadikan keutamaan mengatasi perkara-perkara lain. Masyarakat sekarang jauh menyimpang dari norma-norma keIslaman yang tulen. Untuk kembali ke tahap kegemilangan Islam, perlulah menjadikan Allah dan Rasul sebagai rujukan.

Friday, October 17, 2008

Saturday, September 27, 2008

ReMeMbeR tHiS 4eVer...


Kita orang-orang Isalm wajib mempercayai bahawa manusia akan disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir apabila seseorang itu meninggal dunia. Pertanyaan malaikat itu ialah untuk membukti dan menguatkan keimanan seseorang kepada ALLAH s.w.t. dan membuktikan kekuasaan ALLAH sebagai membalas jasa baik dan buruk semasa mereka hidup di dunia.

Pertanyaan malaikat ialah seperti:

1) Siapakah tuhanmu?????

2) Dan siapakah nabimu????

3) Dan apakah agamamu?????

4) Dan apakah kiblatmu?????

5) Dan apakah imammu atau ikutanmu?????

Maka orang-orang yang diberi taufik oleh ALLAH serta ditetapkan dengan perkataan yang tetap, dia dapat menjawab semua soalan-soalan itu, dan ia akan terlepas daripada azab malaikat, seterusnya ia dapat keampunan dari ALLAH, kerana ia sudah pun berikrar dan beriktikad dengan perkara-perkara tersebut semasa berada di atas dunia dahulu.


Malaikat tadi akan bertanya juga orang-orang kafir tentang perkara tersebut, tetapi malangnya mereka tidak dapat menjawab dengan jawapan yang sebenarnya, ia bergementar ketakutan kerana mereka tidak beriktikad dan beriman kepada ALLAH s.w.t. semasa berada di dunia. Mereka menyembah tuhan yang lain daripada ALLAH, oleh itu mereka mengambil perkataan lain sebagai ganti kalimah ALLAH rabbi, manakala mereka mengambil kalimah yang lain maka dipukul oleh malaikatdengan tongkat besinya, bertempiklah mereka kerana kesakitan yang amat sangat. Tempikan itu dapat didengari oleh makhluk sekelilingnya kecuali jin dan manusia. Seperti sabda Rasulullah s.a.w. :

Ertinya: Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba apabila dihantar ke kubur dan sahabat handai pun balik ke rumah masing-masing dan ia dapat mendengar bunyi kasut mereka, kemudian datanglah dua malaikat maka duduk kedua-duanya. Maka berkata malaikat kedua-duanya (bertanya) Apakah engkau berkata pada Nabi Muhammad? Maka berkata orang-orang mukmin, aku berkata aku naik saksi sesungguhnya ia hamba ALLAH san pesuruhnya, maka berkata malaikat baginya lihatlah kepada tempat engkau di dalam neraka telah ditukar oleh ALLAH, tempat engkau di dalam syurga.

Bersabda Rasulullah s.a.w. “Maka melihat ia kedua-duanya serentak”.

Dan adapun orang-orang kafir atau munafik, maka berkata ia: Saya tiada mengetahui apa yang manusia berkata, maka dikatakan: Awak tidak tahu dan awak tidak membaca, kemudian dipukul oleh malaikat dengan tongkat besi diantara dua telinganya dengan hebat, maka bertempikan ia kerana kesakitan yang amat sangat. Pukulan malaikat itu dapat didengari oleh makhluk lain kecuali jin dan manusia.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

GOLONGAN YANG TIADA DIFITNAHKAN DI DALAM KUBUR

Banyak kita dapati di dalam buku agama mengenai golongan manusia yang dikecualikan daripada fitnah kubur seperti mana yang disebut oleh Sheikh Liqani dan Sheikh Abdul Salam dan Sheikh Suhaimi di dalam syaraha ittihaf al-murid. Bagi Sheikh Abdul Salam menyatakan diantara orang-orrang yang lepas daripada fitnah kubur ialah seperti berikut:

1)Para anbiya’, istimewa pula Nabi Muhammad s.a.w.

2)Orang yang mati syahid.

3)Orang yang meminta berlindung daripada api neraka pada waktu pagi dan

petang.

4)Orang yang membaca surah al-Hashr tiga kali pagi dan petang bermula

dari ayat “Lauanzalna hazalquran” hingga akhir surah.

5)Orang yang membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. 100 kali, seperti

sabda Rasulullah s.a.w. :

“Barangsiapa membaca selawat ke atasku 1 kali nescaya akan diselawat oleh ALLAH atasnya 10 kali dan barangsiapa berselawat atasku 10 kali nescaya ALLAH akan selawat ke atasnya 100 kali, dan barangsiapa membaca selawat atasku 100 kali dikurniakan oleh ALLAH baginya antara dua matanya kelepasan daripada menafik dan dilepaskan daripada neraka.

6)Orang yang mati lemas air, mati didalam musafir, mati didalam menjaga

ahlinya, hartanya, agamanya, maka itulah diantara kelebihan-kelebihan dan

amalan untuk orang-orang beriman.