Saturday, September 27, 2008

ReMeMbeR tHiS 4eVer...


Kita orang-orang Isalm wajib mempercayai bahawa manusia akan disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir apabila seseorang itu meninggal dunia. Pertanyaan malaikat itu ialah untuk membukti dan menguatkan keimanan seseorang kepada ALLAH s.w.t. dan membuktikan kekuasaan ALLAH sebagai membalas jasa baik dan buruk semasa mereka hidup di dunia.

Pertanyaan malaikat ialah seperti:

1) Siapakah tuhanmu?????

2) Dan siapakah nabimu????

3) Dan apakah agamamu?????

4) Dan apakah kiblatmu?????

5) Dan apakah imammu atau ikutanmu?????

Maka orang-orang yang diberi taufik oleh ALLAH serta ditetapkan dengan perkataan yang tetap, dia dapat menjawab semua soalan-soalan itu, dan ia akan terlepas daripada azab malaikat, seterusnya ia dapat keampunan dari ALLAH, kerana ia sudah pun berikrar dan beriktikad dengan perkara-perkara tersebut semasa berada di atas dunia dahulu.


Malaikat tadi akan bertanya juga orang-orang kafir tentang perkara tersebut, tetapi malangnya mereka tidak dapat menjawab dengan jawapan yang sebenarnya, ia bergementar ketakutan kerana mereka tidak beriktikad dan beriman kepada ALLAH s.w.t. semasa berada di dunia. Mereka menyembah tuhan yang lain daripada ALLAH, oleh itu mereka mengambil perkataan lain sebagai ganti kalimah ALLAH rabbi, manakala mereka mengambil kalimah yang lain maka dipukul oleh malaikatdengan tongkat besinya, bertempiklah mereka kerana kesakitan yang amat sangat. Tempikan itu dapat didengari oleh makhluk sekelilingnya kecuali jin dan manusia. Seperti sabda Rasulullah s.a.w. :

Ertinya: Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba apabila dihantar ke kubur dan sahabat handai pun balik ke rumah masing-masing dan ia dapat mendengar bunyi kasut mereka, kemudian datanglah dua malaikat maka duduk kedua-duanya. Maka berkata malaikat kedua-duanya (bertanya) Apakah engkau berkata pada Nabi Muhammad? Maka berkata orang-orang mukmin, aku berkata aku naik saksi sesungguhnya ia hamba ALLAH san pesuruhnya, maka berkata malaikat baginya lihatlah kepada tempat engkau di dalam neraka telah ditukar oleh ALLAH, tempat engkau di dalam syurga.

Bersabda Rasulullah s.a.w. “Maka melihat ia kedua-duanya serentak”.

Dan adapun orang-orang kafir atau munafik, maka berkata ia: Saya tiada mengetahui apa yang manusia berkata, maka dikatakan: Awak tidak tahu dan awak tidak membaca, kemudian dipukul oleh malaikat dengan tongkat besi diantara dua telinganya dengan hebat, maka bertempikan ia kerana kesakitan yang amat sangat. Pukulan malaikat itu dapat didengari oleh makhluk lain kecuali jin dan manusia.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

GOLONGAN YANG TIADA DIFITNAHKAN DI DALAM KUBUR

Banyak kita dapati di dalam buku agama mengenai golongan manusia yang dikecualikan daripada fitnah kubur seperti mana yang disebut oleh Sheikh Liqani dan Sheikh Abdul Salam dan Sheikh Suhaimi di dalam syaraha ittihaf al-murid. Bagi Sheikh Abdul Salam menyatakan diantara orang-orrang yang lepas daripada fitnah kubur ialah seperti berikut:

1)Para anbiya’, istimewa pula Nabi Muhammad s.a.w.

2)Orang yang mati syahid.

3)Orang yang meminta berlindung daripada api neraka pada waktu pagi dan

petang.

4)Orang yang membaca surah al-Hashr tiga kali pagi dan petang bermula

dari ayat “Lauanzalna hazalquran” hingga akhir surah.

5)Orang yang membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. 100 kali, seperti

sabda Rasulullah s.a.w. :

“Barangsiapa membaca selawat ke atasku 1 kali nescaya akan diselawat oleh ALLAH atasnya 10 kali dan barangsiapa berselawat atasku 10 kali nescaya ALLAH akan selawat ke atasnya 100 kali, dan barangsiapa membaca selawat atasku 100 kali dikurniakan oleh ALLAH baginya antara dua matanya kelepasan daripada menafik dan dilepaskan daripada neraka.

6)Orang yang mati lemas air, mati didalam musafir, mati didalam menjaga

ahlinya, hartanya, agamanya, maka itulah diantara kelebihan-kelebihan dan

amalan untuk orang-orang beriman.


No comments: