LiFe wiLL goIng oN unTiL uR LasT brEath... aNd To bE conTinuE agAin iN oTher worLd... eveRLasTing.. "ALAM BARZAKH"
Sunday, November 16, 2008
rEsULt...
tkut gak... tp rmai dh cabut dulu... g UiTM... enth lerrrr.... tp k je nk study kat ane...
tp, Insya-ALLAH, sy msih d cini... x apply pun UiTM... Rmai org apply>>>
Saturday, November 8, 2008
mAaF...sOrRy...aSif...
tHankSzZz...
my beloved math lecterur, MADAM FADZILLAH... (CIKGU)
thanks 4 everything.. thanks teach me...we will not me again... i am H8T41...
Wednesday, November 5, 2008
kEsEdArAn bErSaMa...
Jangan tinggal sembahyang berjemaah di masjid
Sentiasa betulkan niat
Banyakkan tahajjud
Pelihara ukhuwwah
Kurangkan tidur
Sentiasa berbincang
Kekalkan semangat
Restu ibu bapa
Selalu lihat gambar ibu bapa (bukan girlfriend)
Jangan rasa inferior
Berhempas pulas dalam belajar
Perhati teknik kawan yang mantap
Banyakkan pergaulan dengan orang Arab yang baik
Jadikan tiang masa kamu disempadani oleh solat 5 waktu berjemaah di masjid. Dan antara itu tentukan satu waktu untuk al-Quran
Banyakkan berdoa
(sama-sama berjaya untuk mengubati orang dan menyumbang untuk Islam)
“Kita akan rasa ke belakang bila kita fikir perkara yang lepas, fikir masa depan, semua manusia ini ada kurang dan lebih perasaan kamu saja yang rasa kurang, tapi kamu tentunya ada unsur positif yang kamu belum jumpa. Saya percaya kamu akan berjaya.”
Medik sebenarnya ada dalam Agama, baik Agamamu baik Medikmu
Masa terluang untuk memahami Islam tidak akan memakan pun masa untuk studi Medik.
Ya ALLAH, murahkan rezeki bakal-bakal doktor dan permudahkanlah urusan mereka
apA adA dGn cInTa???
Bukan mudah hendak mengubah persepsi masyarakat tentang cinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta.
Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati, malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa.Perkara ini adalah ditegah dalam Islam berdasarkan firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina;(zina) itu sungguh, suatu perbuatan keji dan jalan yang buruk" (Surah Al-Isra':ayat 32)
Hal ini kerana,cinta sebelum kahwin kebiasaannya bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah. Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya. Antara doa yang patut diamalkan :
" Ya Allah, kurniakanlah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu serta cinta kepada segala amalan yg mendekatkan diriku kepada-Mu"
Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah dan memperbanyakkan amalan yang dicintai Allah.
Kadang-kadang, apabila ditanya, ada juga golongan yang bercinta sekadar untuk berseronok-seronok.Mereka merasa janggal hidup tanpa "special boy/girl friend" kerana dikelilingi oleh teman-teman yang "sudah berpunya".Bagi golongan ini, janganlah rasa rendah diri dan janggal dalam masyarakat hanya kerana anda mempertahankan pendirian anda dan kehendak syariat, yang tidak pernah menghalalkan percintaan sebelum berkahwin.
Kepada sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama muhasabah diri masing-masing.Kepada yang telah mempunyai calon (atau dalam erti kata lain sedang ber''couple'') putuskanlah hubungan jika tiada matlamat dan tujuan.Jika anda telah benar-benar bersedia untuk berumah tangga, segerakanlah agar tidak bercampur dengan maksiat dan dosa.Gunakanlah saluran yang betul agar adab dan syariat terpelihara.Janganlah terpedaya dengan bisikan nafsu dan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia.Ingatlah! kehidupan dunia hanya sementara, kerana akhirat lebih utama.
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan sekarang (duniawi),maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang kami kehendaki.Kemudian Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka Jahannam;dia akan memasukinya dalam keadaan tercela & terusir."
"dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan beruaha kearah itu dengan bersungguh-sungguh,sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik" (Al-Isra' : 18&19)
~Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta.~
Tuesday, November 4, 2008
tHe tRutH oF LiFe...
but, when it come to the others. "its your fault...can't u think it is wrong???u have brain but where it is when u r going to think....????"
emmm...we are easily to blame others. we never ever attempt to realize our own mistakes. then, i realize. it is my mistakes. always think someone mistakes...find the others mistakes...but when going to myself...everything is perfect... no one can be just like me...
how silly i am...always blame the others without viewing my own self... i am really realize now... i will never ever blame the others. i want to blame my own self...coz i know that i am not perfect...
i need to viewing my own self before judging the others...
Monday, November 3, 2008
deKoraSi keBenaRan...
SOLAT, KHUSYUK DAN SAINS
Kajian-kajain sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada kesihatan manusia. Pada tahun 1967, professor Dr. Herbert Benson dari Fakulti Perubatan Harvard mendapati mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa.di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Dr. Herbert Benson berpendapat meditasi mampu meredakan tekanan (stress) dan menjadikan seseorang lebih tenang lagi ceria.
Kajian yang melibatkan 9 orang pesakit kanser juga telah dilakukan. Mereka bermeditasi selama tujuh minggu. Kumpulan yang mengamalkan meditasi ini didapati kurang diserang masalah kesugulan, keressahan dan kemarahan berbanding kumpulan yang tdk bermeditasi. Tambahan dari itu, mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman. Kajian ini diterbitkan di dalam majalah Psychosomatic Medicine tahun 2000.
Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan seperti meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi. Tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimat-kalimat dalam solat adalah pilihan ALLAH dan RASUL, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperoleh adalah ketenangan kurniaan ALLAH. Lebih dari itu mereka yang bersolat dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada ALLAH.
SOLAT BUKAN YOGA